Tuesday, April 8, 2014

Assalamualaikum...

Lama sungguh tak menulis, terlalu bnyak ganguan. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku sejak awal tahun... ooo sejak hujung tahun lepas lagi. Bermula dengan kesibukan tranning untuk piala perdana kemudian mengikuti perlawanan badminton piala perdana di johor pada bulan januari. Selepas itu menguruskan perkhwinan anak ke6 cik ana. Sbelum tu melayan kerenah cik ana yang berbagai... Alhamdulillah semua selesai dn berjalan lancar. Selamat datang ke dalam keluarga Halaman Dhuha kepada menantu baru mohd faizul @ peyjo @ daddy joey. Diharapkan gembira menjadi ahli keluarga kami dan jadilah suami yg bertanggungjawab.

Di dalam kegembiraan banyak juga peristiwa sedih dan ku rasakan seperti sesuatu yang malang berlaku dalam hidupku yang semakin senja ini. Tidak ku sangka di hari2 senjaku akan berhadapan dengan kerenah anak yang tidak gembira dengan pilihan jalan hidup sendiri. Cita2 nak belajar sampai peringkat tertinggi tapi awal2 dah tewas dengan diri sendiri. Cita2 nk jadi pakar tapi awal2 dah tewas juga.  Tiada keberkatankah ilmu yang dituntut?  Kekadang ku rasa seperti ade kesalahan besar yang telah ku lakukan sehingga Allah menghukum ku. Ku mohon keampunan Mu ya Allah. Berkatila rezeki yang ku perolehi dalam membesarkan anak2ku dan memberi ilmu untuk masa depan mereka. Engkau jadikanlah anak2ku anak2 yang soleh dan solehah dan berkatilah kehidupan mereka di dunia dan akhirat.

Dua anak dan seorang menantu sedang menunggu masa untuk bersalin. akan bertambah meriah ahli keluarga ku insyaAllah.

Alahai upload gambar tak masuk..

Bye... jumpa lagi

Ninik. @ mak