Sunday, December 1, 2013

AKTIVITI ORANG PENCEN

Assalamualaikum....

Keinginan untuk menulis memang sejak mula bersara dari perkhidmatan. Tapi asyik malas je. Ditambah pula dengan berbagai aktiviti yg ada. Diheret ke sana sini oleh ahli keluarga untuk berbagai tujuan.

Dari Terengganu ke Kuala Lumpur dengan 3 NurWZ... ke Johor dengan Hanamejar dan ke Batu Gajah den 2 IHs. Balik ke Gong Badak dengan 4 AFs. Kini AFs dh pindah ke Putrajaya. Seronok melayan cucu2 dengan pelbagai kerenah. Ianya menimbulkan kerinduan kepada zaman anak2 masih kecil.

Ketika anak2 masih kecil dan tinggal di Pulau Pinang bertugas sebagai academic staff di USM, sangat banyak aktiviti keluarga..... pool car hantar sekolah sungai gelugor.... bawak anak2 main di padang usm...... berkelah di Batu Feringgi... Sungai Batu di Teluk Kumbar... sekarang semua tu dah tiada lagi. Mereka semua dah ade keluarga dan tanggung jawab masing2.... kadang2 kerinduan kepada semua itu membuatkan hati menjadi sayu.... apa lagi apabila melihat kadangkala ketegangan dan selisih pendapat di antara anak2 agak tinggi.... mudah2an mereka seperti "carik2 bulu ayam... akhinya bercantum jua".... "air dicincang tidak akan putus"...

Mudah2an anak2 sentiasa bersatu dan saling memaafkan diantara satu sama lain. Sesungguhnya kebahagiaan sejati dalam satu keluarga adalah kasih sayang hormat menghormati sesama kita. itulah petua untuk terus hidup bahagia..

InsyaAllah akan sambung lagi.....

--mak/ninik